Wanita tinggalkan suami untuk kejar cinta lelaki dalam permainan game
Betullah kata orang kan, love is blind. Macam kisah yang Cik Tin baca ni, ia berlaku antara seorang wanita dari UK dan juga pasangan alam mayanya ini dari US.
Kelly Saxton, 41 sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Memandangkan dia menderita penyakit fibromyalgia dan non-epileptic attack disorder (NEAD) yang menyebabkan dia kehilangan upaya untuk bergerak secara normal seperti orang lain, dia memilih untuk bermain permainan game untuk melupakan realiti hidup.
Tapi, tak sangka pulak dia boleh jatuh cinta dengan orang dalam game tersebut uols!
Dalam permainan game yang dikenali sebagai Second Life tu, Kelly berkenalan dengan Nick Von Asten dan mula menyukai watak tersebut.
“Watak saya diberi nama Selena dan watak lelaki itu pula bernama Staticmuse. Kami bertemu semasa saya sedang melepak di bar khayalan dan Staticmuse sedang menari tiang.
“Dia hanya memakai cermin mata hitam, boxer dan juga sayap pari2. Saya rasa ia sangat lucu dan saya mula mengorat dia,” kata Kelly.
Mereka kemudian jatuh cinta namun Kelly memberitahu dia sudah berkahwin dan tak mungkin akan bersama lelaki tersebut.
Tapi, dek kerana rasa cinta yang mendalam, diorang decide untuk jadi girlfriend dan boyfriend jugak walaupun hanya di alam maya dan mereka kemudian berkahwin dalam game tu.
Semakin lama spend time dengan Von Asten, Kelly mengakui dia semakin jatuh hati dengan lelaki tu dan cakap dia tak bahagia dengan perkahwinan sebenar.
Dia pun mintak cerai dan mula berpacaran dengan Von Asten dan sanggup terbang ke US untuk berjumpa kekasih hatinya itu.
“Sebaik sahaja berjumpa dengan dia buat pertama kali, saya yakin dia lah jodoh sebenar saya dan kami sangat bahagia,” katanya.
Anak-anak Kelly juga sangat menyukai Von Asten dan sangat baik dengan bekas suami Kelly.
Wo, menarik betul kisah cinta diorang ni. So, ada yang nak main game dan jumpa jodoh macam ni jugak ke? Hehe tapi kena hati-hati tau, tapis habis2 dulu baru decide nak buat keputusan besar macam ni okay!