Emosi bagi kesan buruk pada kulit?!
Oh no! Tak sangka banyak rupanya emosi yang kita rasa menyebabkan kulit jadi tak cantik dan tak flawless!
Jom semak apakah emosi tersebut supaya korang boleh elakkan ya.
Marah
Sering dibelenggu emosi marah membuat kulit lebih cepat berkedut. Kemarahan membuat otot-otot wajah menjadi tegang dan berubah menjadi kedutan.
Ketika seseorang marah, hormon kortisol merembes dan menghambat pengeluaran kolagen, iaitu unsur penting dalam penyembuhan kulit. Proses pengilangan kolagen yang perlahan menyebabkan kulit lebih cepat berkedut.
Malu
Ketika saraf deria neuropeptida pada kulit menerima pesanan yang menyebabkan seseorang tersipu malu, sistem saraf simpatik menyebabkan kulit bertukar kemerahan. Perubahan itu berlaku kerana kilang pembuluh darah yang dikenali sebagai rosacea, membengkak! Wow, ini memang Miss Gigi tak sangka sebab ingatkan malu buat kita bertambah cantik!
Stress
Yang ni rasanya semua orang tahu kan. Keadaan stress menyebabkan hormon kortisol yang merembes bebas ke segenap organ, memaksa pembuluh darah untuk bekerja dalam tekanan dan lebih pantas berbanding kemampuannya. Stress juga buat korang cepat berasa lapar dan nafsu makan melonjak!
Keghairahan untuk makan apa saja masa stress boleh menjejaskan kulit wajah seperti kulit jadi berminyak dan berjerawat!
Takut
Ketika seseorang berasa terancam atau ketakutan, otak akan memberi isyarat pada kelenjar supaya merembes epinefrin atau yang lebih dikenali sebagai adrenalin.
Apabila ini berlaku, degupan jantung akan bergerak pantas, malah darah yang mengalir ke otot berlaku dengan lebih cepat.
Bahan kimia yang dilepaskan ketika seseorang berada dalam situasi takut menjadi penyebab kulit kelihatan pucat dan kusam.
Sedih
Kesedihan yang kerap dialami sehingga menimbulkan tekanan akan menyebabkan kedutan wajah. Hormon-hormon penyebab tekanan akan mempengaruhi tidur, menyebabkan mata bengkak dan kulit kusam.
Haaa so apa lagi. Belajar kawal emosi ya, kalau tak nanti jadi tua sebelum usia!