Tips jadi teman wanita yang memahami
“You tak pernah faham I!” Haaa siapa baru lepas dengar perkataan ni keluar daripada mulut boyfriend korang? Sakit kan?
Yes Miss Gigi tau. Hmm cuba reflect balik adakah korang memang tak faham pasangan korang? Yelah, perempuan kan selalu cakap lelaki ni complicated tapi sebenarnya kita lagi complicated! Haha.
So untuk gadis yang digelar tak memahami tu, sini tips jadi girlfriend yang lebih memahami ya.
Faham bahawa lelaki mempunyai kapasiti rendah untuk details
Women see details. Lelaki pula hanya fokus kepada fakta dan always get to the point. So, kalau borak dengan diorang, cuba bagi details penting je dan jangan terlalu meleret okay?
Diorang tak boleh baca fikiran
Again, cakap je nak apa, tak perlu bagi hint tak sudah2. Lelaki akan hargai kalau korang bagitahu je apa korang nak. Dua2 pun happy nanti!
Lelaki pun nak dihargai
Okay so sekali sekala tu cakap lah thank you dan bagilah dia hadiah. Tak perlu mahal2 pun, cukuplah sekadar nak tunjukkan korang hargai dan suka pada effort dan usaha yang diorang buat.
Faham bahawa lelaki ni seorang yang pemberi
Lelaki adalah seorang pemberi semula jadi dan akan cuba bagi sesuatu untuk buatkan korang happy. Jika si dia berikan sesuatu dan korang sukakan benda itu, bagitahu dia kerana dia akan ingat dan tak akan lupa untuk bagi lagi dan lagi.
Lelaki suka rasa ‘menang’
Lelaki suka rasa menang dan suka rasa berjaya kalau dia lakukan sesuatu. Contohnya, kalau dia bagi hadiah and korang happy, dia akan rasa kemenangan tu, macam hero gituu. Jadi, every time diorang buat macam ni, ucapkan thank you dan fahami naluri dia yang rasa nak jadi hero tu okay?