Manfaat bila jadi ‘perigi cari timba’
Perempuan ni cukup takut dengan terma ni, perigi cari timba. Cik Tin faham sebab stigma masyarakat kita kan, lelaki kenalah kejar perempuan, bukan si perempuan duk terhegeh dekat lelaki!
Haa tapi kan wujud lelaki jenis pemalu dan tak pandai mengorat! Jadi kalau perempuan pun ada hati, ngoratlah dia pulak! Jangan nanti dah 20 tahun kemudian masing2 menyesal, tak syok kan?
Perigi cari timba ni ada manfaatnya tau, meh tengok sini!
Jadi makin cantik
Bila korang tau korang suka dia, korang akan sentiasa bersedia, manalah tahu nanti terserempak dengannya? Itulah penyebab uols sentiasa kelihatan cantik dari petang sampai ke malam, tak gitu? Tapi ni buat lepas PKP tau, now korang boleh lah upload gambar cantik 2 dekat Instagram untuk si dia tatap!
Motivasi
Biarpun korang ambil masa yang lama untuk confess perasaan dengan dia, korang tetap akan boleh kumpul keberanian! Dan percayalah, korang akan jadi lebih termotivasi dalam apa jua benda dalam hidup. Go girl!
Lebih berani
Pelik, tapi benar! Cinta ‘atas angin’ mampu membawa keinginan untuk mencuba sesuatu yang mungkin hard-core buat korang. Contohnya aktiviti lasak atau cuba makanan pedas. Kajian menunjukkan manusia sentiasa mencari jalan lain untuk melepaskan perasaan mereka.
Lebih kreatif
Kajian menunjukkan perempuan yang terkejarkan lelaki ni lebih kreatif! Mereka sentiasa akan cari jalan macam mana nak pikat hati jejaka dan secara tak langsung akan meyerlahkan sisi artistik dan kreatif mereka tak kisahlah dalam bidang seni lukisan ke, seni reka ke atau menyanyi! Jadi jangan takut digelar perigi cari timba!
Lebih seksi
Percayalah, lelaki ni hargai je kalau korang yang cakap suka dulu malah diorang akan rasa korang seksi! Ramai dah kawan2 lelaki cakap benda ni dekat Cik Tin, sebab benda ni benda betul uols hehe.
Okay so tengah terbayang crush ke tuuuu? Pergilah luahkan isi hati! Raya nanti bolehlah tayang boyfriend korang hehehe. Good luck girls!