Jangan beli barang ini secara online: buat kajian dahulu!
Shopping online ni memang seronok giler betul tak. Tak payah bersiap, tak payah bersesak-sesak cari parking. Duduk rumah je, barang pun sampai. Tapi girls, Sis Tina nak pesan, ada beberapa benda yang korang tak boleh main beli jer secara online tau. Bahay! Kena buat kajian dulu.
Okay so meh Sis Tina share dengan uols barang apa yang korang tak boleh main beli je.
Ubat dan suplemen
Kedai dalam talian memang penuh dengan ubat-ubatan palsu, sudah melepasi tarikh luputnya ataupun langsung tidak selamat atau tidak berkesan.
Kereta terpakai
Promosi hebat di Internet selalunya datang dengan masalah yang hanya akan diketahui kewujudannya apabila pembeli mula menggunakan kereta yang dibeli. Risikonya termasuklah kereta terbabit berada dalam keadaan yang tidak baik ataupun mungkin kereta curi. So, kalau nak beli jugak, korang dapatkan laporan terperinci mengenai sejarah kereta yang ingin dibeli atau minta mekanik yang boleh dipercayai untuk memeriksa kereta berkenaan. Jangan beli kereta tanpa melihatnya terlebih dahulu.
Pakaian
If korang pernah beli pakaian daripada kedai dalam talian yang sama dan puas hati dengan kesesuaiannya pada badan, maka tidak perlu berasa bimbang. Tapi, berhati-hati apabila membeli daripada pengeluar baju baharu ataupun yang tidak dikenali kerana pelbagai masalah boleh timbul antaranya saiz mungkin tidak sama atau tidak sesuai dengan badan. Sebaik-baiknya cuba sendiri baju itu, ataupun semak polisi pemulangannya sebelum membeli.
Kosmetik
Sis Tina selalu beli mekap secara online tapi oopss hanya mekap yang dah pernah dibeli tau! Kalau membabitkan produk baharu sebaik-baiknya korang disarankan pergi ke kedai dan cuba sendiri.
Hal ini kerana jika di kedai, boleh try terlebih dahulu selain boleh mendapatkan nasihat daripada pakar.
Barang kemas
Pembelian barang kemas memang selamat selagi penjualnya betul-betul diiktiraf, sudah beroperasi untuk beberapa tahun dan dijamin sah oleh pelanggan terdahulu. Penjual mesti menyediakan maklumat terperinci dan gambar produknya dari pelbagai sudut. Pembeli juga disaran supaya menyemak polisi pemulangannya kerana mungkin akan berhadapan dengan masalah seperti barang kemas yang dibeli tidak sama seperti yang diiklankan.
Okay girls happy shopping!