Tak reti nak pose depan kamera? Mari ikut gaya pose ini
Anda mesti mempunyai ciri atau gaya tertentu semasa mengambil gambar. Sama ada ketika bersendirian, dengan pasangan, atau dengan ramai orang. Tetapi apabila anda cuba untuk pose di hadapan kamera, ada kalanya kegelisahan dan keyakinan diri umpama keluar ikut tingkap.
Terutama bagi anda yang tidak biasa bergambar di depan kamera. Ada bermacam-macam tips yang boleh anda cuba supaya foto yang dihasilkan kelihatan lebih fleksibel, dan tampak semula jadi. Hari ini min nak kongsi dengan anda tips yang boleh anda guna untuk mendapatkan gambar yang letops.
1. Jika pakaian anda mempunyai poket seperti jumpsuit, letakkan separuh tangan anda di dalam poket anda dengan badan anda pusing sedikit ke sisi.
Jumpsut adakalanya boleh menampakkan anda sedikit lebar jadinya pose ini amat membantu untuk memberikan ilusi bentuk badan dan menjadikan anda nampak lebih feminin dan ramping. Pose ini juga sesuai untuk anda yang mengenakan apa-apan persalinan dengan poket di sisi. Tambahkan senyuman supaya pose anda nampak lebih manja.
2. Pagar boleh background yang menarik jika anda mahu menggunakannya, cuba berpose dalam gaya separuh duduk dan bersandar ke hadapan.
Pagar boleh diumpamakan sebagai prop yang membantu anda untuk mempelbagaikan pose. Kalau kawasan tu background dia cantik dan ada pagar gunakan pagar untuk membantu anda mendapatkan variasi gambar. Boleh duduk, bersandar atau nak gila-gila duduk atas pagar tu.
3. Cuba gaya candid yang terlihat natural seperti ini dengan berjalan ke arah depan dan memalingkan muka ke sisi.
Gaya candid amat disukai oleh kaki pose, sebab ia lebih menarik dan menyumbang kepada banyak like di Sos Med. Banyak lagi sebenarnya gaya candid yang boleh dipraktikkan dan apa yang min share ini adalah salah satu daripadanya. Selalunya candid pose ini lebih cantik kalau dalam keadaan tak bersedia ada juga candid pose dibuat-buat tapi hasilnya kadang-kadang tak natural.
4. Tak perlu gaya yang rumit, anda boleh duduk di taman dengan kaki anda menyilang dan memeluk tubuh serta berpaling dengan senyuman.
Kalau gaya duduk banyak pose menarik yang boleh digayakan. Misalan macam yang min share ini, ia sebenarnya mencerminkan sisi feminin anda. Kalau duduk ni min sarankan cari angle yang manampakkan anda kurus dan tidak nampak segumpal. Gaya bersahaja juga nampak cantik time anda duduk.
5. Pose dengan menyisir rambut menggunakan satu tangan, gaya yang tenang dan semulajadi.
Pose ini kalau untuk yang freehair lah kalau bertudung mungkin boleh memegang bahagian lipatan sisi atau hujung tudung (acah-acah macam main rambut). Pose ini merupakan sejenis gaya natural yang onzz. Kalau dapat pula time golden hours lagilah gambar anda akan nampak lebih letops.
6. Apabila memakai pakaian gaun atau dress, keanggunan anda akan bersinar dengan pose memegang tangan ke depan dan pandangan tajam ke kamera.
Dress atau gaun sememangnya menaikkan aura feminin dan kewanitaan. Kalau pada kanak-kanak akan menaikkan aura cute dan comel. Pose dengan dress seperti yang min cadangkan ini akan menampakkan anda seperti seorang model. Tambahan kalau pakai gaun dan dress anda pastinya akan memakai heels kan. Oleh itu manfaatkan saat anda semasa memakai gaun dan dress untuk mendapatkan gambar yang vass.
7. Di samping mengenakan pakaian yang bergaya, pose pandang ke bawah dan menaikkan kaki anda separuh untuk dapat mengambil menangkap nuansa yang kelihatan menyenangkan.
Pose ini sebenarnya salah satu lagi pose ala-ala natural, ia sebenarnya pose santai yang sesuai kalau tengah bercuti atau siar-siar. Pose ini amat cute kalau ada gadis yang buat. Ia juga kerap dapat dilihat daam Sos Med oleh influencers dan selebriti. Kalau dapat capture gambar macam ini wajib masuk dalam Sos Med anda.
8. Seperti model yang sedang bersiar-siar, anda boleh mengangkat satu kaki, meletakkan senyuman dan melihat ke kamera.
Gambar seperti ini sememangnya sangat onzz kalau anda berjaya lakukan, pose seperti ini perlukan keyakinan yang tinggi sebab fokus akan ke muka untuk orang yang scroll gambar ini dan ia lebih cantik kalau belakang di kaburkan atau istilah Ipong Potrait.