Tips rambut cepat panjang
Hello girls. Siapa dekat sini suka simpan rambut panjang? Personally Cik Tin lebih prefer rambut panjang berbanding rambut pendek sebab rambut panjang nampak lebih girly dan boleh gayakan dengan banyak gaya menarik kan.
Tapi, nak tunggu rambut panjang tu aduhaiii lama jugak tu uols. Tapi takpe sebab harini Cik Tin nak share dengan korang tips bagi rambut cepat panjang!
Jom ikut!
Jangan kerap cuci rambut
Memang betul mencuci rambut adalah untuk membersihkan kotoran di kulit kepala dan kita akan merasa lebih segar. Tapi, tahukah korang bahawa syampu yang kita gunakan mempunyai bahan sulfat yang akan menghilangkan minyak semulajadi di kulit kepala yang sememangnya amat diperlukan bagi memperbaiki dan menyihatkan rambut.
Penggunaan syampu yang terlalu kerap akan melemahkan dan merosakkan folikel rambut dan rambut akan menjadi tidak sihat.
Perapi rambut
Ramai yang menganggap perapi rambut tidak penting. Sebenarnya, memakai perapi rambut setiap kali selepas syampu dapat melembapkan folikel rambut dan rambut akan terasa lebih halus dan tidak kusut serta mengelakkan dari rambut menjadi bercabang.
Cik Tin suka perapi sebab rambut memang jadi lembut uols! Hair conditioner boleh buat rambut cepat panjang rupanya! Tapi ingat jangan pakai perapi hingga hujung akar rambut, ini akan menyebabkan rambut rosak dan kulit kepala berminyak. Cukup hanya sekadar sapuan dari paras bawah telinga hingga ke hujung rambut.
Tonik rambut
Yang ni semua tau rasanya, tonik memang berkesan bagi rambut cepat tumbuh. Pemakaian tonik rambut adalah sangat baik kerana ianya adalah sebagai ‘booster’ yang akan menyegarkan dan menguatkan akar rambut dan mencegah rambut menjadi rapuh.
Jangan kerap ikat rambut
Jangan terlalu kerap mengikat rambut dengan ketat sehingga menarik permukaan kulit kepala. Ini akan melemahkan akar rambut dan pori-pori rambut akan tersumbat. Pengaliran darah menjadi tidak lancar dan sumber darah ke kulit kepala akan berkurangan dan akan melambatkan proses pertumbuhan rambut. Disarankan untuk mengikat rambut secara longgar dan menggunakan getah rambut yang lembut, okay?
Urut kulit kepala
Urut kulit kepala setiap malam sebelum tidur dengan cara tundukkan kepala dan membalikkan semua rambut dari belakang ke depan dan urut selama 10-15 minit dengan perlahan-lahan. Ini membantu merangsang peredaran darah ke kulit kepala.
Okay girls selamat mencuba!