Bosan duduk rumah? Meh belajar buat anting-anting
Harini Miss Gigi nak ajar macam mana nak buat anting-anting sendiri! Untung-untung, boleh gayakan masa Raya nanti atau pun boleh jual dekat kawan-kawan ye dok?
Haa jom tengok cara buat anting-anting!
Bahan yang diperlukan:
- Cangkuk anting-anting (boleh beli di kedai aksesori atau Shopee)
- Gam
- Thin wire
- Playar kecil
- Bahan tambahan untuk design anting-anting (riben / sticker / manik)
Caranya:
1. Bersihkan cangkuk anting-anting
2. Ukur alatan menghias anting-anting, pastikan saiznya sesuai dengan cangkuk
3. Gamkan perhiasan tersebut pada cangkuk anting-anting
4. Kemaskan dan siap!
Uols boleh be creative! Pasangkan design berbeza pada anting-anting untuk hasil yang lebih wow. Selamat mencuba!