Tanda uols ni obses dengan media sosial
Haaa ada ke dekat sini yang secara sukarela nak mengaku diri korang obses dengan laman sosial? Cik Tin mengaku! Hahaha sebab Cik Tin sukakan keseronokan Twitter, Instagram dan Facebook.
Dan Cik Tin memang akan update semua benda dekat laman sosial sampai orang kata Cik Tin ni annoying. Tapi takpelah laman sosial I bukan you wah gituuu. Haha
So nak tau korang ni sama obses like me ke tak? Meh tengok sini
1. Padam gambar!
Upload gambar, hanya tujuh orang saja yang ‘likes’, dah 1 jam dah! Akibatnya korang rasa terhina dan padam gambar sebab tindakan 317 orang teman lain yang ada dalam profil korang tu bersikap tak endah.
2. Filter
Korang langsung tak tahu bercakap bahasa asing tapi cukup hafal semua filter yang ada di Instagram.
3. Serba tahu
Sanggup mencari laman web yang boleh beritahu waktu paling sibuk bila laman Twitter korang paling banyak dikunjungi.
4. Tukar baju sebab baju sama dengan kawan
Korang sanggup balik rumah dan tukar baju bila nampak teman korang pakai pakaian yang sama dalam Instagram – malah baju itu nampak lebih cantik di tubuhnya. Oh no, really? Chill lah.
5. Bil melambung
Korang terima bil telefon sebanyak RM2,000 bila guna data roaming semasa percutian ke luar negara baru-baru ini. Yes sebab followers perlu tahu percutian korang tu dengan segera, so langgan lah data yang mahal! Ooops!