Tips survive percintaan masa lockdown
Ada girls yang dah gusar ke bila dah lama sangat tak jumpa kekasih hati masa PKP ni? Miss Gigi faham sangat sebab yelah perempuan dan overthink berpisah tiada!
Ish, janganlah terlebih fikir sangat, cuba bertenang dan follow tips ni untuk percintaan tak bermasalah masa PKP ni okay.
Selalu komunikasi
Bila dah tak boleh jumpa ni, medium komunikasi ialah menerusi telefon tak kisahlah hantar pesanan ke atau call atau video call. So, gunalah medium ni dan update each other okay! Tak susah pun.
Jangan terlebih clingy!
Lelaki ni rimas kalau korang terlalu clingy! So, hadkan perbualan dan terlalu banyak tanya dia soalan. Memang lah masing-masing duduk rumah musim PKP ni tapi janganlah tanya dia buat apa setiap jam. Bagi dia masa untuk buat apa dia nak dan korang pun buatlah aktiviti sendiri. Masak ke, kemas rumah ke atau tengok siri Korea.
Lihat ini sebagai peluang baiki diri
Pernah dengar tak orang kata kalau kita nak belajar hidup dengan orang tu, kita kena belajar untuk hidup tanpa orang tu. Haaa makes sense tak? Haha. So, kalau dalam tempoh berjauhan ni korang rasa macam banyak pulak masalah, kena reflect diri dan pasangan dan ambil peluang ni untuk baiki diri. Kalau asyik melekat je tak sempat nak nampak kesalahan diri betul tak?
Buat benda sama-sama
Okay so siapa kata tak boleh jumpa, tak boleh buat benda sama-sama? Korang nak tengok drama siri Korea baru tu? Ajak si dia tengok pada waktu yang sama then korang masing-masing bagi comment. Atau boleh jugak shopping online musim PKP ni dan belikan hadiah buat masing-masing dan exchange lah masa dah habis PKP ni. Sweet kan?
So selamat mencuba!