5 cara singkirkan tabiat shopaholic
Okay, Cik Tin perasan antara perkara yang paling banyak Cik Tin buat sepanjang tempoh PKP ni is… shopping! Ooops! Tapi nak buat macam mana Cik Tin memang shopaholic uols.
Cik Tin tahu ramai orang hadapi masalah sama, tak boleh berhenti. Haaa, disebabkan risau Cik Tin pun buat carian google untuk singkirkan tabiat shopaholic ni. Bahaya kalau tak boleh lawan tabiat ni.
Moga tips ni boleh bantu!
1. Say no bila ternampak benda yang rasa nak dibeli
Jika korang ingin membeli iPhone ataupun beg tangan terbaru, tunggu sehingga keesokan harinya. Selalunya perasaan itu hanyalah subconscious reaction, jadi korang hanya akan sedar yang korang tak perlukannya selepas bertenang seketika.
2. Buat wish list
Buat wish list barang yang nak beli dan hanya follow list ni! Jangan beli benda yang takde dalam tu okay?
3. Hindari apps shopping online
Alamakkk uols, ini susah sebab memang sekarang ni trend shopping online sebab kita tak boleh keluar rumah. Tapi takpe, boleh control dengan uninstall aplikasi ni dari phone korang. Yes you can do it!
4. Belajar kawal kad kredit
Kalau taknak berhutang teruk, kawal pebelanjaan kad kredit. Ish bahaya tau! Guna untuk perkara penting sahaja
5. Alih perhatian kepada benda lain
Kalau rasa nak shopping tu, cepat-cepat alihkan perhatian dan fikirkan benda lain. Telefon kawan ke, kemas rumah ke atau tengok movie supaya minda terisi dan tak rasa nak shopping sangat.
Okay girls goodluck!