Belajar 5 skill baharu sepanjang PKP
Dari duduk saja tak buat apa masa PKP ni, apa kata belajar skill baru yang mungkin berguna nanti. Sekurang-kurangnya ada gak nak buat isi masa yang ada. Tak lah bosan sangat.
So, Miss Gigi senaraikan 5 perkara baru yang uols boleh belajar masa duduk umah ni.
1. Belajar bahasa baru
Tak kisah la bahasa Tamil, Sepanyol atau Mandarin. Belajar bahasa selain dari Inggeris sangat berguna tau, terutama sekali untuk kaki travel. Bukan nak belajar sampai dapat degree ke apa, cuma untuk perbualan biasa dah memadai. Simple je. Uols boleh download aplikasi yang ada kat App Store atau Play Store. Kalau nak try yang website pula uols boleh try di Open Culture.
2. Main alat muzik
Miss Gigi nampak ramai kawan yang dah buat aktiviti ni. Tak kisahlah gitar ke, piano ke atau pun ukulele, skil macam ni memang fun dan boleh dipelajari dalam masa singkat! Best kan.
3. Kaligrafi
Ada sesiapa minat kaligrafi? Mana tahu ada yang nak buat sendiri kad untuk harijadi rakan sekerja atau teman istimewa setidak-tidaknya adalah jugak skill tu. Nak belajar secara online pun boleh, ada banyak sumber. Untuk pengguna iPhone boleh la try Procreate. Kalau tak pun uols boleh belajar ikut tutorial yang ada dalam laman web Calligrascape.
4. Mind games
Tengok Youtube dan Netflix hari-hari pun bosan jugak kan? So, main games yang memerlukan kritikal thinking!
Jangan asyik fikir pasal kesihatan fizikal je, kesihatan mental pun kena fikir juga. Jadi, apa yang uols boleh lakukan ialah meningkatkan ketajaman minda dengan melakukan beberapa latihan yang mencabar minda.
5. Skil memasak
Haaa yang ni memang confirm ramai dah buat. Tapi sedar tak, kalau bukan sebab PKP, sampai sekarang pun uols belum tentu tahu cara nak masak asam pedas, takoyaki atau roti canai sendiri. Iye dok? Hehe samalah macam Miss Gigi pun, kalau tak kerana kita semua kerja di rumah dan ada banyak masa terluang, takde lah Miss Gigi google segala jenis resipi yang selama ni tak pernah terfikir pun nak buat.
Miss Gigi tau korang penat duduk rumah tapi cuba lihat PKP ni sebagai blessing. At least sekarang uols ada masa untuk buat perkara yang luar dari rutin harian.