5 filem romantik wajib tonton masa PKP
Haaa siapa sini penggemar romcom atau romantic comedies? Sis Tina dengan suami memang suka layan movie romantik sebab masa ni la rasa sweet-sweet sambil mengimbau memori masa bercinta.
So sini Sis Tina nak suggest 5 filem romantik untuk korang di Netflix.
About Time
Peminat Rachel McAdams silalah tonton movie ni. Hero filem ni sanggup patah balik ke masa silam untuk menjadi lelaki paling sempurna buat kekasih hatinya. Kalau dah sayang, apa pun sanggup kan.
PS I Love You
Filem ni memang romantik dan sedih! Prepare untuk nangis tau. Ia menceritakan tentang seorang wanita (lakonan Hilary Swank) yang mula menerima surat daripada mendiang suaminya.
Five Feet Apart
Diilhamkan dari novel karya Rachael Lippincott, Mikki Daughtry dan Tobias Iaconis, filem romantis paling menyayat hati untuk tahun 2019 ini berkisar tentang seorang gadis bernama Stella, lakonan Haley Lu Richardson, yang saban hari perlu menghabiskan hidup di hospital kerana penyakit paru-paru yang tidak ada penawarnya. Sedih sangat so korang, make sure bersedia dengan tisu tau sob sob sob.
Tune In For Love
Filem Korea ni mengisahkan tentang cinta antara Mi Soo dan Hyun Woo yang mempunyai sejarah kesalahan juvana. Sweet and sad tau cerita ni.
Notting Hill
Ini cerita lama tapi memang best dan masih relevan. Mengisahkan tentang bintang filem iaitu Julia Roberts yang jatuh hati dengan orang biasa yang merupakan pemilik kedai buku. Cinta mereka jadi complicated bila sebenarnya Julia Roberts ni dah ada kekasih dan sebab dunia mereka sangat berbeza. Tapi ni antara movie yang korang wajib tonton tau.
So, sediakan popcorn, selimut, tisu dan tengoklah bersama orang tersayang okay. Selamat menonton!