Gilakan siput, wanita ini bela sehingga 150 ekor siput sebagai pet
Biasanya, kalau cakap pasal binatang peliharaan, kita akan bela haiwan seperti kucing, arnab, hamster atau reptilia macam chameleon tu. Tapi lain pulak kesnya dengan seorang wanita bernama Pepper Apollo ni yang obses dengan siput. Yes kawan-kawan, siput.
Miss Gigi masa baca tu pun macam tak percaya tapi Pepper cakap dia memang dah gilakan siput semenjak 10 tahun lalu.
Dia menggelar dirinya sebagai Crazy Snail Lady dan sehingga kini dah ada sampai 150 ekor siput pelbagai jenis dan saiz sebagai haiwan peliharaan.
Kalau korang nak tengok siput-siput dia, boleh pergi ke instagram @crazy.snail.lady1 sebab dekat situ, Pepper post banyak gila gambar siputnya.
Gambar-gambar yang diambil pulak jenis close-up, memang mengkagumkan.
Pepper mula-mula mengutip siput yang dijumpai di hadapan pejabatnya 10 tahun lalu dan selepas itu mula mengutip lebih banyak siput untuk dibela.
Dia menyimpan semua siputnya dalam beberapa bekas kaca macam akuarium dan akan sediakan makanan enak-enak buat siputnya. Wahhh seronok jadi siput Pepper ya.
Kata Pepper, dia tak rasa leceh pun jaga siputnya sebab dia memang sangat sayangkan kesemua 150 siput peliharaannya.
“Saya buat semua ini kerana sayang.
“Siput juga mempunyai personaliti dan emosi yang kompleks. Ia bukanlah bodoh atau takde otak seperti yang didakwa orang lain,” kata Pepper.
So, korang dekat sini ada ke yang berminat nak bela siput? Miss Gigi memang taklah sebab Miss Gigi prefer haiwan yang boleh mengeluarkan bunyi.
Macam kucing Miss Gigi dua ekor tu! Rasa lah diorang bercakap dengan kita kan kalau kita panggil diorang hehe.