Bahan wajib untuk rawat kulit kering
Ada ke dekat sini yang mengalami masalah kulit kering? Kulit kering ni susah tau uols, silap haribulan, cepat nampak tua.
Omg no no no, macam mana nak rawat? So sini Cik Tin share bahan merawat kulit kering yang paling berkesan.
Hyaluronic acid
Bahan ini boleh menyimpan 1000x ganda beratnya di dalam air – pilihan popular untuk korang. Selain menghidratkan kulit kering, ia juga bagus untuk mengelakkan garis halus dan kedutan.
Aloe vera
Aloe vera mempunyai antioksidan, vitamin A, enzim, dan bersifat anti-radang. Korang mesti familiar dengan produk ni kan? Kulit terasa sejuk apabila disapukan di seluruh wajah. Formulanya berbaloi dipakai pada kulit kering, eczema dan melecur kecil.
Ceramide
Ceramide mencantum sel-sel kulit untuk mengunci lembapan dan menyingkir kotoran. Secara tak langsung, kulit akan kekal gebu, terhidrat dan lembut dengan bahan menakjubkan.
Glycerin
Glycerin bersifat humectant – bermakna ia ‘menarik’ lembapan pada kulit untuk mengekalkan penghidratan. Formula bahannya ringan dan amat sesuai buat korang yang tidak suka rasa melekit dan heavy feeling dalam sesetengah produk.
Petrolatum
Petrolatum bersifat kalis air yang menutup lembapan dan menghalang foreign particles pada kulit. Uols yang ada bibir dan tumit merekah, calar dan lecur kecil bolehlah cuba ini! Lagi best, jadikan base perfume pun boleh untuk haruman kekal lama.
Lactic acid
Asid laktik sangat membantu kulit kering terutamanya jenis Alpha Hydroxy Acid (AHA) untuk mengurangkan kedutan dan garis halus. Btw, asid laktik dapat meningkatkan faktor semula jadi kelembapan pada kulit tau.
So, kalau korang ada kulit kering, tak perlu risau sebab barang-barang ni semua senang nak cari dalam pelbagai produk skincare.