Lari 61km dalam apartmen biarpun dalam tempoh PKP
Siapa kata korang tak boleh marathon dalam rumah pada musim PKP ni? Haa terkejut Cik Tin baca kisah mamat ni iaitu Javier Castroverde yang berlari sejauh 61 kilometer biarpun dalam apartmen kecilnya sahaja.
Fuyyoo. Kata Castroverde, dia menghabiskan masa selama 10 jam untuk menghabiskan larian 61 kilometer dia tu.
Dia pun cakap duduk dalam rumah ni bukanlah alasan untuk tak mengamalkan gaya hidup sihat. Alamak, tercekik ayam goreng Cik Tin dibuatnya! Hehe.
Lelaki berusia 41 tahun tu merupakan seorang atlet dan dia kurang gemar menghabiskan masa dengan menonton Netflix je sepanjang hari.
Maka, dia pun mulakan larian dan merekodkan larian tu menerusi satu aplikasi di telefonnya.
Tapi, Castroverde juga memberitahu cabaran yang dibuatnya itu bukanlah sesuatu yang boleh ditiru oleh semua orang.
Yelah, tahap kesihatan dan kekuatan jantung kita kan berbeza-beza.
Kalau kita tiru, nanti mendatangkan bahaya pulak kan.
“Korang tak perlu buat sehingga 60 kilometer, kalau ruang rumah terhad dan anda larat, buat 5 hingga 10 kilometer pun sudah cukup,” katanya.
Wah hebat betul. Okay so takde alasan kan kita nak bermalasan dan menonton tv je sepanjang hari.
Mungkin boleh mulakan larian macam Castroverde ni. Alaaa kalau taknak lari pun takpe, boleh lari setempat atau jogging kan. Selamat mencuba!