Cara Kekalkan Miss V Sihat dan Harum
SULIT dan persendirian, itu rumusan secara total bagi menggambarkan penjagaan alat sulit wanita. Ia antara elemen penting yang perlu diberi perhatian selain daripada kecantikan luaran. Miss V atau faraj berbau adalah sesuatu yang sangat memalukan.
Setiap wanita kena sedar yang penjagaan miss v ini bukan suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Di sini akan dikongsikan beberapa tips penjagaan miss v dan semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak panduan pada wanita lain di luar sana.
Cara penjagaan Miss V agar kekal sihat dan harum :
Elakkan Dari Makan Yang Berbau
Cara untuk menghilangkan bau miss V ini ada banyak sebenarnya dan kalau nak tahu, makanan juga boleh menjadi penyebab kepada bau kurang enak pada bahagian miss v. Antara makanan yang perlu di elak itu adalah petai, bawang, kopi dan alkohol.
Jangan Basuh Miss V Dengan Sabun Mandi Biasa
Jangan basuh miss V dengan sabun mandi biasa atau shower gel sebaliknya miss V perlu dibersihkan dengan sabun pewangi miss V yang khas untuknya saja. Ini bagi memastikan miss V tidak mengalami kekeringan dan iritasi kulit hingga menjadi gatal. Tak susah pun kerana di pasaran ada banyak jenis sabun pewangi miss V yang boleh di beli.
Cuci Miss V Dengan Air Sireh
Cara menghilangkan bau miss V yang seterusnya adalah dengan membasuhnya dengan air sireh. Sireh memang telah lama digunakan secara turun temurun untuk merapatkan kembali miss V dan juga untuk mengurangkan masalah keputihan.
Caranya ambil beberapa helai daun sireh segar, ramaskan di dalam air dan kemudian bolehlah digunakan untuk basuh kawasan miss v sepenuhnya.
Beli Sabun Pewangi Miss V Yang Sesuai Dengan pH Kulit
Antara tips untuk beli sabun pewangi miss V yang betul adalah pada manfaatnya sama ada boleh merapatkan ataupun tidak, pada ramuannya sama ada dari bahan alami seperti sireh dan sebagainya serta wangiannya sama ada kena dengan citarasa sendiri ataupun tidak.
Jika jumpa mana-mana sabun pewangi miss V yang disukai maka bolehlah di beli untuk kegunaan diri sendiri. Pastikan juga pH nya sesuai.
Tukar Pad Selalu
Setiap wanita dinasihatkan untuk selalu tukar tuala wanita ketika haid terutama di hari darah banyak keluar. Haid itu sendiri adalah darah kotor dan dengan membiarkan tuala wanita dipakai dalam masa yang lama boleh menyebabkan kuman membiak pada kawasan miss v.
Pakai Pakaian Dalam Yang Bersih Dan Longgar
Kebersihana itu kunci utama untuk kekal sihat dan wangi. Sebab itu pakaian dalam wajib kena tukar dan tidak boleh di pakai lebih daripada 24jam.
Seluar dalam yang tidak di tukar begini hanya akan mengumpul bakteria yang boleh mendatangkan masalah bau. Pastikan juga pakaian dalam tidak ketat dan dari fabrik yang selesa supaya miss v boleh ‘bernafas’ dengan baik.
Kurangkan Pengambilan Minuman dan Makanan Yang Manis
Untuk pengetahuan, pengambilan minuman dan makanan yang manis boleh menyebabkan kandungan gula yang tinggi dalam badan. Kandungan gula ini pula boleh meningkatkan lagi penghasilan bakteria dan jangkitan kulat yang boleh menjadi punca kepada masalah faraj berbau.
Trim Rambut Halus Pada Permukaan Miss V
Rambut halus yang ada pada bahagian miss v jangan dibiarkan. Kena trim dan potong pendek selalu. Rambut ini jika dibirkan boleh menjadi kawasan merangkap peluh yang boleh menyebabkan pembiakan bakteria. Pastikan cukur atau gunting rambut halus pada kawasan tersebut secara kerap untuk mendapatkan miss v yang lebih bersih.
Mandi Dengan Bersih Dari Hujung Kaki Ke Hujung Rambut
Mandi untuk bersihkan diri ini kenalah betul-betul bersih dan gunakan sekali sabun mandi yang wangi dan ada fungsi bersihkan bakteria sekali. Gosok sekali bahagian tubuh tu dan jangan lupa gunakan juga pembersih wangi khas untuk miss v dengan shampoo rambut yang sesuai untuk bau yang wangi dan segar pada keseluruhan tubuh.
Bersihkan Alat Sulit Selepas Melakukan Hubungan Intim
Suami dan isteri disarankan agar membersihkan bahagian sulit masing- masing dengan air bersih sebelum dan selepas melakukan hubungan intim. Menurut saranan doktor, amalkan membuang air kecil dalam lingkungan 30 minit selepas melakukan hubungan intim bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.
Dear ladies, baik yang dah kahwin atau masih gadis, baik dara mahupun janda, ingatlah yang miss v itu adalah aset penting untuk wanita. Sebagai perempuan kena jaga miss v selalu sama macam jaga wajah. Praktik cara jaga miss v yang dikongsikan.