Kanser Ovari
Selain kanser payudara, kanser ovari juga merupakan satu lagi kanser yang menjadi pembunuh utama wanita di seluruh dunia. Kanser ovari amat popular dengan gelaran “pembunuh senyap” bagi golongan wanita dan merupakan kanser yang paling kerap menyerang seorang wanita.
Ia menduduki tempat ke-5 dalam senarai penyakit yang membunuh wanita berkaitan dengan kanser dan membunuh lebih banyak nyawa berbanding barah system pembiakan yang lain. Kebarangkalian seorang wanita itu untuk didiagnos mengalami barah ovari dalam hayatnya adalah 1 dalam 78, iaitu lebih rendah daripada kebarangkalian untuk mati 1 dalam 108.
Jika kanser barah ini berlaku kepada wanita yang berusia 30 tahun ke bawah, mereka boleh melakukan rawatan susulan yang mampu menyembuhkan pada kadar pantas. Ia juga mempunyai kebarangkalian tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan Rahim.
Sebagai seorang wanita, adalah sangat penting untuk anda mengetahui info tentang kanser ovari terutamanya apakah tanda, punca, dan rawatan untuk penyakit tersebut.
Ovari adalah organ pembiakan wanita yang berfungsi untuk mengeluarkan ovum atau telur dan mengeluarkan hormon wanita seperti estrogen dan progesteron.
Kanser ovari berlaku apabila terdapat sekumpulan sel yang tidak normal di dalam ovari yang mula membahagi secara tidak terkawal dan membentuk tumor.
Terdapat 3 jenis tumor yang dikesan dalam ovari iaitu :
- Tumor epitelial iaitu tumor yang terbentuk pada lapisan tisu luar ovari. Menurut rekod, 90% kanser ovari yang didiagnos adalah tumor epitelial. Ia adalah kanser ovari yang paling kerap berlaku kepada golongan wanita.
- Tumor stromal iaitu tumor yang terbentuk di dalam sel yang mengeluarkan hormon kewanitaan. Menurut kajian, 7% daripada kanser ovari yang didiagnos adalah tumor stromal.
- Tumor sel kuman atau juga dikenali sebagai Germ cell tumor adalah tumor yang terbentuk di dalam sel yang mengeluarkan telur dan ianya sangat jarang terjadi. Tak banyak kes kanser ovari direkodkan dengan tumor jenis ini.
Kanser ovari terbahagi kepada 4 tahap iaitu :
- Tahap 1 di mana sel-sel kanser hanya menjejaskan ovari dan tidak merebak ke organ yang lain.
- Tahap 2 iaitu keadaan di mana sel kanser telah menjejaskan satu atau kedua-dua ovari dan juga organ-organ lain yang berada dalam pelvis seperti rahim, tiub fallopio, pundi kencing, dan rektum.
- Tahap 3 iaitu sel kanser telah menjejaskan satu atau kedua-dua ovari dan lapisan abdomen atau kelenjar getah bening yang terletak di belakang abdomen.
- Tahap 4 iaitu keadaan di mana kanser telah merebak ke bahagian lain badan yang berada di luar rongga peritoneal seperti hati, limpa, dan paru-paru.
Rawatan untuk kanser ovari ialah bergantung kepada tahap mana kanser itu berada. Oleh itu, rawatan adalah berbeza dari seorang pesakit kepada pesakit yang lain.