Benda paling viral masa Covid-19? Dalgona Coffee!
Hi uols. So, bosan-bosan duduk rumah tu, jom kita main teka-teki sikit. Apakah benda yang paling famous dan paling viral semasa musim Covid-19 ni?
Jawapan dia ialah Dalgona Coffee.
Alaaaa korang mesti tau punyalah. Benda ni sangatlah famous dan Miss Gigi rasa inilah benda paling trending dekat dunia sekarang.
Okay so apa benda Dalgona Coffee ni dan dari mana agaknya dia datang?
Based on apa yang Miss Gigi jumpa dekat carian internet, Dalgona Coffee ni berasal dari Korea Selatan.
Ia merupakan campuran serbuk kopi segera, gula dan juga air panas yang dipukul sampailah ia kembang dan fluffy.
Lepas tu, ambil gelas dan tuangkan susu. Then, coffee yang fluffy tu korang letaklah atas susu tadi dan kacau dan boleh diminum.
Rupa kopi ni memang onz dan menyelerakan tapi adakah rasa dia pun menyelerakan? YES. SANGAT SEDAP. Miss Gigi dah cuba hehe.
Maklumlah duduk rumah sorang-sorang, bosan taktau nak buat apa so Miss Gigi try lah. Sedap sangat sebab rasa kopi yang pahit-pahit manis tu apabila dah jadi fluffy macam tu memang kena dengan selera Miss Gigi yang gilakan iced latte.
Lepas dah tahu resipi ni, hmm memang buat hari-harilah uols hehehe. Jimat duit daripada beli kopi hipster dekat luar tu betoi dak?
Semuanya bermula pada 26 Januari yang lalu apabila seorang YouTuber Korean iaitu 뚤기ddulgi post resipi dan cara-cara dia buat kopi ni.
Video berdurasi 3 minit tu tiba-tiba jadi boom dan ramai yang mahu cuba buat resipi tersebut sebab ia sangatlah senang.
Ramai YouTuber lain pun mula buat version mereka sendiri dan pada awal Mac lalu, carian resipi Dalgona Coffee terus jadi trending di internet.
Nampaknya orang ramai memang sukakan something yang fluffy dan bertekstur seperti moussee macam ni sebba sebelum ni, souffle fluffy pancakes pun pernah mendapat sambutan dan viral macam ni.
Kini, giliran Dalgona Coffee lah pulak.
Okay Miss Gigi suka je tengok korang buat dan gilakan sesuatu yang berfaedah macam ni dan sila teruskan sebab at least adalah benda yang korang boleh buat semasa mematuhi perintah kawalan pergerakan ni kan.
So, siapa yang dah try? Mehlah share gambar dengan Miss Gigi!