Apa yang korang boleh buat masa COVID-19 partial lockdown ni
Hello girls apa khabar semuanya? Macam mana penerimaan semua orang tentang partial lockdown yang diimplementasikan di negara kita ni? Sejujurnya, Miss Gigi senang dengan keputusan ni sebabnya bahaya kalau kita berkeliaran waktu-waktu begini. Yelah kita tak tahu sejauh mana virus ni dah merebak dalam negara ni so its better to duduk je dalam rumah, jangan bahayakan diri dan jangan bahayakan orang ramai.
So, sebagai wanita berkerjaya yang asyik fikirkan kerja je 24 jam dan tak fokus kepada kesihatan diri, Miss Gigi rasa lockdown ni sedikit sebanyak bagi Miss Gigi ruang untuk berehat dari segi mental lah jugak. Takdelah kepala serabut fikirkan pasal kerja lah meeting lah betul tak.
Miss Gigi juga ambil masa ni untuk dekatkan diri dengan Tuhan dan banyakkan berdoa supaya keadaan pulih seperti sediakala.
So ada yang tanya, dalam perintah berkurung ni, apa je yang boleh dilakukan? Haaa meh sini Miss Gigi kongsikan apa yang korang boleh buat dalam tempoh 2 minggu ni
Habiskan masa dengan keluarga
Okay bagi yang pulang ke kampung halaman, ambil masa ni untuk spend time dengan keluarga. Duduk dengan anak-anak dan ahli keluarga lain. Masa ni lah nak betul-betul habiskan masa buat aktiviti indoors ye dok? Sembang ke, main game ke, banyak benda boleh buat.
Jaga pemakanan
Masa ni lah nak banyakkan ambil makanan yang meningkatkan imunisasi badan. Contohnya ambil buah-buahan sitrus yang lazat dan banyak khasiat dan juga memperbanyakkan halia dan juga bawang putih dalam masakan sebab dua super food ni banyak khasiat ya.
Cuba resipi baru
Haaa ni idea menarik. Miss Gigi pun teruja nak mula cuba banyak resipi baru memandangkan dalam tempoh ni ramai ahli keluarga yang ada di rumah kan. Untuk hari pertama haritu, Miss Gigi dah masak masakan Korea uols! Hehehe.
Bersenam indoor
Siapa kata tak boleh bersenam indoor? Ambil peluang ni untuk bersenam dalam rumah. Aktiviti ni menyihatkan dan juga menjadikan kita kurang risiko terdedah dengan virus COVID-19. Mental pun lebih terjaga sebab senaman kan release feel good hormone. Jadi, ini memang good idea. Stay healthy everyone.
Jaga mental
Okay Miss Gigi tahu ramai yang rasa sangat stress dan resah dan takut akibat penularan virus ni lagi-lagi bila Malaysia sendiri dah pun mencatatkan angka kematian. Jangan terlalu panik dan cuba untuk stay calm. Kalau korang ikut perintah kawalan pergerakkan yang disuruh kerajaan, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Jadikan teknologi sebagai kawan
Waktu nilah korang kena stay up t date dengan situasi semasa. Ambil tahu apa yang sedang berlaku, ambil tahu langkah berjaga-jaga yang ditetapkan supaya korang tahu benda betul untuk dilakukan pada masa ini. Jaga diri!
Okay lah kalau ada apa apa tips lain yang korang nak tambah, bolehlah inform Miss Gigi. Jaga diri semuanya!
Nak baca lagi?
Pelakon Idris Elba positif COVID-19