Tips hilang kemurungan ala Sharifah Sakinah – Makan petai uols
Wow ini sesuatu yang menarik. Cik Tin macam tergelak sikit bila baca pasal pelakon popular, Sharifah Sakinah makan petai untuk hilangkan kemurungan sebab siapa sangka makanan seperti petai tu boleh jadi ubat untuk kemurungan. Yelah selama ni kita telan je kan sebab rasanya yang sedap tapi rupanya dia ada benefit yang begitu besar.
So, ceritanya, Sharifah Sakinah post menerusi instagram dia tentang khasiat petai ni dan lebih menarik lagi, dia makan petai ni sebagai snek ya kawan-kawan. Dia siap bawak petai ni kemana sahaja pulak tu.
“Petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil,” jelasnya.
Tapi betul ke petai berkesan? Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pusat kebajikan kesihatan MIND terhadap beberapa orang pesakit kemurungan, rata-rata mereka mengatakan akan berasa lebih baik selepas makan buah ini.
Ini disebabkan oleh kandungan petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil.
Selain baik untuk masalah gangguan jiwa, petai ternyata punya khasiat lain seperti berikut :
Mencegah anemia
Anemia adalah sejenis kondisi yang mengakibatkan kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Kesannya ia akan membangkitkan simptom-simptom seperti lemah, penat, pening kepala, mual, muntah dan mudah dijangkiti penyakit. Jadi, mungkin anda boleh cuba makan petai sebagai salah satu langkah alternatif selain daripada ubat.
Menstabilkan tekanan darah
Petai sangat tinggi dengan kandungan potasium namun rendah garam. Ini menjadikan petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darah. Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and Drug Administration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
Merawat PMS
PMS yang selalu kaum hawa kena. Untuk pengetahuan anda, premenstrual syndrome (PMS) adalah kondisi yang akan menjejaskan fizikal, mental dan kelakuan wanita ketika kitaran menstrualnya. Dikatakan dengan memakan buah yang kaya dengan vitamin B6 ini, ia mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah individu sekali gus memberi kesan positif kepada mood anda.
Laaah banyak rupanya khasiat petai ni. So kalau korang nak cuba jugak cara Sakinah ni bolehlah cuba dan sila update Cik Tin okay?