Classics Reimagined: JBL Bawakan Kelainan Pada Interior Kediaman
JBL, pengeluar peralatan dan pakar dalam semua perkara audio, memperkenalkan kepada umum Authentic 200, 300, 500 serta Spinner BT Turntable, barisan legacy-inspired pembesar suara dengan gabungan gaya klasik dan teknologi audio JBL abad ke-21.
Menurut Henry Yap, Pengarah Urusan Global Best United (M) Sdn. Bhd., JBL Authentic adalah langkah membawakan teknologi bunyi berkualiti dalam pakej menarik untuk kediaman. Gabungan gaya retro dan teknologi terkini membolehkan pengguna menikmati produk dengan gaya estetik dengan jeriji Quadrex berkeupayaan memainkan Google dan Amazon voice assistants’ secara serentak. Ditambah pula dengan Spinner BT Turntable, pengguna boleh menikmati kualiti rakaman sebenar yang hanya boleh disediakan oleh vinil.
Rangkaian pembesar suara JBL Authentic tersedia dalam tiga variasi. JBL Authentic 500 ialah siri yang paling lengkap dengan ciri: Wi-Fi dan pembesar suara pintar Bluetooth untuk sistem bunyi Dolby Atmos. JBL Authentic 300 menawarkan bunyi mudah alih berprestasi tinggi dengan 8 jam built-in bateri, dan JBL Authentic 200 memenuhi mana-mana ruang dengan bunyi stereo seimbang yang kuat dengan 1″ tweeter, full-range 5” woofers dan downfiring 6” passive radiator.
Pada yang berminat untuk merasai sendiri kuasa audio dari JBL Authentic, boleh kunjungi Heart of Sound Roadshow di Mid Valley Mega Mall, Centre Court Ground Floor sehingga 19 November 2023.