Xiaomi POP Run 2023: Menyatukan Komuniti Melalui Kecergasan
Xiaomi baru-baru ini telah menamatkan Xiaomi POP Run 2023, acara luar talian mereka yang pertama di Malaysia. Acara larian sejauh 3km ini melibatkan penyertaan hampir 200 Peminat Xiaomi Malaysia di sekitar Central Park Bandar Utama. Semasa acara itu, peminat mendapat peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain sambil menjadi sebahagian daripada gerakan global untuk mempromosikan kesejahteraan dan memberi inspirasi kepada perubahan positif.
Menurut Eddie Huang, Country Manager untuk Xiaomi Malaysia dan Singapura acara ini benar-benar pengalaman yang tidak dapat dilupakan atas pengelibatan begitu ramai peminat yang berfikiran sama dan menyokong Xiaomi POP Run 2023. Keghairahan dan motivasi mereka untuk melakukan yang terbaik semasa larian adalah inspirasi kepada kami.
“Kami gembira melihat komuniti Xiaomi di Malaysia bersatu dalam mengejar gaya hidup yang lebih sihat dan kami mengharapkan lebih banyak peluang dengan semua orang.”
Xiaomi POP Run 2023 ialah inisiatif global oleh Xiaomi yang bermula pada Oktober dan diadakan di lima benua, merangkumi 13 negara dan 14 bandar, termasuk Malaysia. Semasa acara larian, peserta boleh sync data kemajuan dan kecergasan mereka ke aplikasi Xiaomi Fitness (Xiaomi Wear) melalui peranti boleh pakai Xiaomi mereka termasuk Xiaomi Smart Band 8 terbaharu. Xiaomi POP Run pertama kali bermula pada tahun 2021 dengan menggabungkan peminat kecergasan dan Peminat Xiaomi dan telah dilakukan secara maya menggunakan penjejak kecergasan Xiaomi.