Trick Pemilihan Denim Untuk OOTD Lebih Moden & Bergaya
Walaupun dah lebih 100 tahun, denim tetap jadi pilihan untuk digayakan. Salah satu fesyen yang takkan luput dek zaman. Selesa, nampak ranggi dan cool antara sebab kenapa jeans selalu jadi pilihan on the go kalau nak keluar.
Banyak-banyak brand denim yang ada, Kelly suka tengok koleksi dari Levi’s. Sebab Levi’s sentiasa keluarkan koleksi denim yang kena dengan trend semasa.
Macam bulan Ramadan tahun ni, Levi’s ada lancarkan koleksi pakaian denim dengan mesej yang sangat dekat dengan pengguna untuk sayangi diri sendiri seadanya, “You Are Wonderfully Made”.
Levi’s percaya pentingnya kita untuk ekspresi diri yang mana setiap orang tu ada keunikan dan kehebatan diri sendiri. Kena sangat dengan dunia internet yang kalau tak dikawal akan buatkan kita sentiasa insecure dengan diri sendiri.
Sebab tu Kelly suka dengan produk dorang. Lagipun koleksi denim yang dikeluarkan sesuai dengan keadaan cuaca Malaysia yang hanya ada hujan dan panas. So fabrik yang dorang gunakan direka khas untuk pastikan pemakai sentiasa selesa dalam keadaan cuaca mana-mana pun.
Macam menarik kan untuk grab satu. So, tunggu apa lagi. Kelly dah rachun korang ni. Yuk beli!
Artikel asal: Sunshine Kelly