Kafe Vanilla Mille Crepe Estetik Dekat PJ
Sekarang ni memang asal hujung minggu je, orang akan keluar untuk cari tempat-tempat menarik yang boleh dimasukkan dalam feed media sosial. Kafe-kafe yang dipilih pun tentulah yang memang tawarkan kelainan.
Macam dekat Paradigm Mall, PJ ada satu kafe yang memang menu dia vanilla mille crepe je. So dekat situ memang banyak gila menu-menu kek yang pelbagai rasa.
Ramai yang suka mille crepe ni sebab teksture dia yang sangat berbeza daripada kek biasa. Kalau dalam bahasa Perancis, mille bawa maksud ‘a thousand’ dan sebab tulah ada yang panggil mille crepe ni kek Thousand Layer.
Dekat Vanilla Mille Crepe Café ni setiap kek dia ada 30 lapisan yang mana setiap kenipisan tu memang di gerentilah.
Lepas try 12 kek yang ada dekat situ, I memang impressed gila dengan rasa dia. Terutamanya dia punya signature Original Vanilla Mille Crepe. Memang sedap! Kalau korang suka flavour Matcha jangan lupa tr juga. Tu pun highly recommended by me.
Nak tengok lagi apa yang menarik, boleh ke FB dorang Vanilla Crepe. Meleleh air liur tengok posting gambar dorang.
Artikel asal: Tall Pisces Girl