Koleksi Tudung Gaya Chic Dari Ariani
Bila cakap pasal Ariani, sejujurnya memang ramai yang amazed dengan cara brand tudung lokal ni berkembang. Sentiasa ikut perkembangan trend dan cipta trend tersendiri menjadikan Ariani salah satu pilihan wanita untuk berfesyen.
Yuyu pernah pergi event Ariani Exclusive Preview sebagai media dan masa tu Nurul Syuhada dilantik seagai duta baru Ariani selepas Ekin Mawi dan Wardina. Masa tu Ariani keluarkan koleksi Chic Casual.
Nak pakai pergi membawang, pergi kerja, semua pun boleh. Personally memang Yuyu suka koleksi ni sebab material memang berkualiti tinggi yang mana semuanya diimport dengan kualiti terbaik.
Masa event tu jugak ada lelongan amal yang mana membolehkan orang untuk berkongsi rezeki bersama golongan tidak bernasib baik macam Rumah Anak Yatim, Rumah Orang Tua-Tua dan Rumah Ibu Tunggal.
Artikel asal: Yuyu Zulaikha