Think Thailand 2022, Syurga Makanan Thailand Terbesar Di Malaysia
Malaysia ni memang kaya dengan pelbagai makanan dari pelbagai negara. Sebut je apa yang nak, rasanya boleh jumpa dekat Malaysia ni. Dari Timur Tengah sampailah bawa ke Asia, semua ada di Malaysia.
Macam baru-baru ni, I ada pergi pesta makanan Thailand, Think Thailand 2022 yang merupakan festival Thai terbesar pernah dibuat di Malaysia dengan kerjasama kedutaan Thailand, DITP Malaysia dan Tourism Authority of Thailand.
Nak datang sini memang kena buang niat nak diet sebab confirm air liur meleleh tengok menu-menu yang ada dijual. Yang bagusnya dorang separate section halal dengan non-halal.
Kalau korang travel ke Thailand atau nak cuba makanan Thailand, menu utama yang korang kena try ialah Pulut Mangga, Somtam, Tomyam Thai dan Phad Thai.
Review I bila datang sini memang sangat have fun dengan hospitality dan atmosphere dia yang terasalah macam travel ke Thailand, walaupun cuma dalam Tropicana Garden Malls je.
Lepas ni agaknya dekat mana lagilah yang ada buat pesta makanan Thai ni kan? Nak ajak korang serbu sama-sama dengan I.
Onz tak onz?
Artikel asal: Tall Pisces Girl