Fesyen Sopan Bergaya Iman Troye Dari SHEIN
Sekarang ni nak cari baju yang berfesyen modest senang je. Wanita-wanita berhijab dah boleh pilih pelbagai fesyen yang sesuai dengan imej dorang bila ada SHEIN ni. Patutlah ramai yang ‘melabur’ dekat sini.
Yang baru-baru ni, SHEIN ada lancarkan pakaian modest fashion bersama Iman Troye. Daripada abaya, kaftan, hijab semuanya on track la korang boleh jumpa dekat sini.
Koleksi Iman ni matchkan warna-warna neutral yang sesuai kalau korang na buat everyday look yang boleh juga korang mix and match ikut kesesuaian majlis. Kena pula sekarang pun ramai yang lebih suka tona warna nude.
Untuk saiz tak perlu risau sebab banyak saiz yang dorang sediakan daripada XS sampailah ke XXXL. Korang hanya perlu tengok ukuran yang disediakan, sama ada dalam ukuran inci atau cm untuk mudahkan pencarian.
Berbelanja dekat SHEIN, banyak yang korang boleh jimat sebab ada baucar diskaun dan free delivery! Memang berbaloi-baloi lah.
Artikel asal: Betty’s Journey