Restoran IndoAsli Hidang Pelbagai Menu Authentic Dari Seberang
Korang suka tak menu dari seberang? Comel nak share satu restoran yang memang terkenal dengan keenakan menu-menu dari negara seberang kita, Indonesia.
Ah, Comel nak share dengan korang ni pun dah tertelan air liur tau! Jomlah kita sama-sama telan air liur.
Keistimewaan restoran IndoAsli ni terletak pada rasa cinta cefnya pada dunia masakan dan dengan menubuhkan restoran ni, dia boleh berkongsi rasa cinta pada rasa dan masakan Indonesia dengan pelanggan yang datang.
Bila pelanggan happy, matlamatnya berjaya dicapailah kan? Macam Comel yang happy dengan keenakan semua menu dekat sini.
Antara menu yang patut korang cuba:
1. Tempe sira
2. Tauhu telur yang lain dari kebiasaan sebab kuah kicapnya yang memang mantul!
3. Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara antara menu wajib untuk pencinta ikan air tawar. Terasa fresh & sedap tu bila dicicah dengan sambal-sambal yang tersedia bersama.
4. Gulai Ayam Padang rasa macam lebih kurang rendang Negeri Sembilan
5. Jeli dalam telur ni antara dessert yang paling kreatif dan cute sebab hidangannya diletakkan dalam kulit telur!
Banyak lagi sebenarnya yang Comel makan, tapi korang boleh tengok sendiri menu-menu menarik yang ada dekat media sosial IndoAsli_Official. Confirm terliur!
Jangan lupa cuba tau.
Artikel asal: Comel Comot