Self-Reward Diri Dengan Rawatan Rambut Guna Bahan Semulajadi
Perasan tak, kadang-kadang tu rambut tiba-tiba je nampak kusam dan rosak. Banyak faktor yang menjadi punca masalah ni berlaku. Dan sebenarnya, dekat internet korang boleh Google je cara-cara nak rawat rambut secara semula jadi.
Seronoknya, kalau korang suka benda-benda semulajadi tapi tak rajin nak buat sendiri… Ada salon yang tawarkan servis rawatan rambut guna bahan semula jadi.
Dekat Simran Beyond Beauty, bahan semula jadi akan digunakan contohnya labu, natural yogurt, madu, herba dan sebagainya. Bahan-bahan ni akan dikisar bersama sebelum diletakkan pada rambut.
Kulit kepala Betty jenis berminyak, jadi Gurjit yang assist sepanjang treatment ni cadangkan untuk rawatan yang boleh restore balik kesihatan kulit kepala.
Korang boleh rileks dengan servis hair treatment, hair massage, steaming, hand massage, wash and blow. Terasa segar terus bila kulit kepala ada tingly & minty feeling.
Korang tengok sendiri before and after keadaan rambut Betty.
Untuk try servis dorang, korang boleh search Simran Beyond Beauty tau.
Artikel asal: Betty’s Journey