Barang Terpakai Yang Boleh Korang Derma Untuk Bantu Golongan Kurang Mampu Dengan Carousell
Tak dinafikan, pandemik COVID-19 yang melanda dunia menyebabkan ramai yang terjejas terutamanya daripada segi ekonomi dan kesihatan mental. Banyak syarikat terpaksa ditutup kerana tidak mampu bertahan, hasilnya banyak pengangguran yang berlaku.
Dalam usaha untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan, Carousell mengumumkan kerjasama bersama Yellow House KL dengan melancarkan kempen sumber-khalayak untuk mencari sumbangan daripada segi pakaian dan gajet untuk mereka.
#SamaSamaSapot membolehkan para pengguna Carousell memberi bantuan dari segi barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik kepada golongan rentan yang mencari peluang pekerjaan baharu sementara negara masih dalam peralihan ke fasa endemik.
Antara barangan yang termasuk dalam senarai kategori utama yang boleh korang dermakan ialah:
1. Barangan gajet – telefon bimbit, komputer riba, tablet, pengecas, wayar USB dan mesin pencetak
2. Pakaian kerja untuk lelaki – baju lengan panjang, tali pinggang, seluar panjang, kasut pejabat dan beg
3. Pakaian kerja untuk perempuan – baju kurung, kasut bertutup, seluar panjang, beg dan pakaian lain yang sesuai untuk bekerja.
Cara nak sumbangkan mudah je:
1. Senaraikan barangan korang nak dermakan DI Carousell dengan #SamaSamaSapot sebagai tajuk senarai. Jangan lupa untuk tap di bahagian ‘For Free’ tau.
2. Pihak Yellow House akan hubungi korang kalau mereka berminat dan akan buat temu janji untuk proses pendermaan.
3. Penghantaran akan dilakukan ke Yellow House KL di Ampang atau di kawasan pengagihan di Petaling Jaya.
Selain daripada itu, Yellow House pun ada sediakan sokongan tambahan kepada kumpulan pencari kerja contohnya macam bengkel bersama jurulatih professional bagi memberi peluang kepada peserta untuk belajar dengan lebih mendalam dalam menulis CV secara professional, pemilihan pakaian yang sesuai untuk hadiri temuduga dan sebagainya.
Kalau korang berhasrat nak beri bantuan daripada segi kewangan atau tenaga, korang boleh hubungi pihak Carousell atau Yellow House KL di sini: Carousell x Yellow House KL