Koleksi Raya Khoon Hooi x Dia Bawa Sentuhan Seni Asia Kontemporari
Pejam celik, pejam celik tiba-tiba je dah masuk minggu kedua Ramadan kan? Terasa cepat sangat masa berlalu. Dengar cerita sekarang ni butik yang jual baju raya dah mula penuh, sampai ada yang sanggup beratur panjang demi dapatkan baju raya idaman.
Salah satu yang jadi tumpuan ialah gabungan kolaborasi antara platform fesyen yang tengah naik sekarang, Dia Guild bersama pereka tempatan Khoon Hooi untuk koleksi raya eksklusif.
Tampil memperjuangkan budaya dan kreativiti Asia Tenggara, kolaborasi ini penting bagi mempertahankan budaya dimana mereka akan mempamerkan koleksi perhiasan dan aksesori tradisional buatan tangan Dia, bersama koleksi Bespoke Raya yang mempunyai terapan budaya Asia dengan sentuhan kontemporari.
Antara yang menarik perhatian ialah cetakan baru beg Chiasa dan beg sutera obi dari Sophia by Shirley. Tak lupa juga koleksi kebaya yang pasti membuatkan si pemakainya tampil lebih manis dan anggun di pagi raya.
Selain daripada item fesyen macam pakaian dan aksesori, ada banyak item yang menarik yang boleh juga dijadikan hadiah kepada yang tersayang. Mungkin dah nak raya ni, kita boleh hadiahkan mak bakul rotan comel yang ada pelbagai saiz ni untuk mereka hidangkan pada tetamu yang datang?
Nak tahu item apa lagi yang menarik, korang boleh terus je ke website https://diaguild.com/ dan buat pesanan sekarang!
Kredit imej: Khoon Hooi