Idea Ucapan Ramadan Kreatif Untuk Orang Tersayang
Ramadan kali ni memang ekstra semangat sikit. Selain daripada fikir tahun ni boleh beraya bersama yang tersayang selepas 2 tahun raya di perantauan, ada cara lain yang boleh korang semarakkan lagi semangat nak berpuasa tu.
Apa kata ucapan menyambut Ramadan kali ni korang buat kelainan sikit. Dah tak forward mesej, atau hantar gambar dari Google. Tapi korang create idea kreatif dengan Snapchat.
Sempena bulan Ramadan ni, Snapchat ada sediakan variasi pengalaman AR yang eksklusif. Ada Bitmoji, Geofilter dan Lensa AR yang meriah dengan idea-idea di luar kebiasaan sesuai untuk diberikan kepada yang tersayang.
Masa ni boleh have fun dengan sticer yang comel-comel, cantik, simple dan bermakna.
Jangan lupa scan Snap Code untuk aktifkan lensa Snapchat tau. Lepas tu korang bolehlah buat Bitmoji 3D korang sendiri dengan cara yang senang sangat ni.
1. Download Bitmoji.
2. Daftar dan togol antara ikon ‘Avatar’ dan ‘Fashion’ untuk sesuaikan Bitmoji korang.
3. Klik ikon gear dekat bahagian penjuru kanan sebelah atas dan cari ‘Link to Snapchat’ dan ‘Contnue’.
4. Dekat app Snapchat, klik ikon Bitmoji dekat bahagian kiri sebelah atas untuk tengok Bitmoji korang tadi.
5. Lepas tu bolehlah tukar pose dan pilih background yang korang suka.
Senang je kan? Ramadan Mubarak!