Kedai Vietnam Halal Yang Kena Try, Mango Salad Paling Menggoda
Dekat Malaysia ni, macam-macam makana dari pelbagai Negara boleh korang jumpa. Kalau macam Thai, Arab semua tu memang dah biasa dengar dan banyak sangat port makanan halal.
Tapi penggemar makanan Vietnam perasan tak yang susah sikit nak cari makanan Vietnam yang rasa authentic Vietnam tu dan yang halal dekat sini?
Meh Comel nak share satu restoran Vietnam, Rasa Viet yang halal dekat The Sphere Bangsar. Tempat baru port lepak korang lepas ni.
Dekat sini macam-macam sangat makanan Vietnam korang boleh try. Antara yang Comel rasa memang sedap dan berbaloi-baloi iaitu Vietnamese Mango Salad. Dalam ni ada udang yang disertakan bersama prawn crackers dan semestinya mango yang fresh.
Kalau Thailand dipanggil Somtam, tapi rasa dia tak sama sebab Somtam tu macam tajam sikit. Yang mango salad Vietnam ni memang juicy, fresh da nada cruchy dengan rasa masam yang tak over sangat.
Sesuai kalau korang bukan penggemar makanan masam yang terlampau tu tapi masih nak ada rasa masam.
Lepas tu Comel makan Fried Rolls with Dry Vermicelli. Rasa dia memang unik sebab dalam tu ada tauge, timun, lobak acar, daikon, daun selasih, daun pudina, bihun beras Vietnam dan kekacang.
Minum pula Traditional Dripped Coffe with Milk dorang, aduh memang berbeza betul. Sangat sedap dan berbeza dengan kop-kopi yang korang pernah try sebab bau dia wangi dan manis macam guna gula nira.
Tak lengkaplah kalau tak makan Vietnam Spring Rolls kan kalau ke kedai makan Vietnam. Penggunaan salad segar, cicah dengan sos ikan. Aduh, memang kecur air liur. Sedap!!
Ada juga dessert yang boleh korang try macam pudding caramel, nangka goring aiskrim. Memang pengalaman lain dari lain.
Korang kena try!
Atau korang ada port kedai Vietnam yang halal yang lagi best? Meh lah share dengan kami. Nak jugak kami try test.
Artikel asal: Comel Comot