Liburan Di Dapur Babah, Jakarta. Apa Yang Menarik?
Yuyu nak share sikit pengalaman Yuyu liburan di Jakarta bersama kawan-kawan Yuyu.
Jakarta ni memang banyak benda yang menarik. Lima hari dekat sana, memang tak habis nak explore semua tempat. Cuma Yuyu nak share satu restoran yang sangat menariklah hiasan dalaman dia.
Dapur Babah
Bukan setakat makanan je authentic, tapi makanan dia pun sama. Terasa macam high class sangat bila tentang dekorasi makanan pun dorang sangat titik beratkan tau.
Korang tengok jelah Nasi Padang dia ni. Lawa sangat. Nak makan pun sampai sayang. Kitaorang memang ambil gambar banyak-banyak nak masuk dalam Instagram.
Sayang betul nak hancurkan menara rempeyek dengan udang goreng tu. Tapi sebab dah lapar, ngap jelah.
Korang pun kalau ke Jakarta, jangan lupa singgah sini. Turun flight muka air liur basi pun boleh nampak lawa dengan lighting sini. Bersinar ada nurr~
Artikel asal: Yuyu Zulaikha