KENZ Bukan Setakat Skincare, Korang Mesti Takjub Dengan Function Dia
Raya tahun 2022 ni, KP pasti ramai dah mula plan nak jalan raya dekat mana kan? Sambil-sambil sambut Ramadan, plan nak beraya dah ada supaya tahun ni semaksimum boleh melawat kaum keluarga dan kawan-kawan yang dah lama tak bersua.
Tapi ingat jangan lupa jaga SOP tau.
Orang perempuan kalau nk berjalan ni, bukan setakat OOTD je dia plan tapi kenalah juga plan nak makeup macam mana. Paling-paling tidak pun makeup yang asas je supaya muka tak nampak pucat.
Maybe korang boleh try kosmetik dari KENZ (sebutannya KINGS) by Kelly Azman yang diformulasikan daripada bahan-bahan semula jadi dan dapat kelulusan KKM.
Bagi KP, yang menariknya pasal KENZ ni sebab dia 2 in 1; skincare + kosmetik. Ada 3 produk makeup asas yang boleh korang try:
1. Mineral Compact Powder
Untuk kulit jenis berminyak, bedak kompak KEN ni bantu untuk kawal pengeluaran minyak dari kulit korang. Senang nak beraya bawa bedak kompak. Dalam kereta sebelum turun beraya, bolehlah touch up sikit sikit kan? Tahan sampai 8 jam pula tu.
2. Eyeliner
Bila bermusafir ni, makeup jenis mesra wuduk ni senang digunakan sebab masa nak ambil wuduk, tidaklah susah sangat prosesnya kan? Sibuk-sibuk beraya, ibadah wajib jangan dilupakan ya?
3. Magic Lip Balm –
Walaupun korang dah get ready nak menu-menu raya, bibir pun jangan lupa dicantikkan tau. Lipbalm KENZ ni KP suka sebab dia tahan sampai 8 jam bila digunakan dengan fungsi melembap, mencantik dan anti septic. Siap ikut warna darah lagi. Seksi!
Harga semua korang jangan risau. Semua mampu milik. Ada juga skincare macam face serum dan facial foam yang boleh korang try untuk hasil kulit yang lebih berseri untuk raya kali ni.
Artikel asal: Kite Punye