Buffet Ramadan Termurah Setakat Ni Cuma RM45 Untuk Dewasa
Bulan Ramadan ni, paling meriah bila pergi bazaar. Tapi sekali sekala teringin juga kan nak makan buffet yang ada, cuma harganya hmm. Melihatkan keadaan poket, hanya mampu tengok jelah.
Tapi Ayu share yang ada satu restoran yang cukup popular dengan masakan selera timur & barat ada juga buat buffet ramadan. Tapi dengan harga jauh lebih murah iaitu RM45 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak berusia 7-10 tahun.
Pertama kali Ayu datang Secret Garden by SACC, Ayu suka tengok dekorasi dia yang konsep santai dan minimalis. Dari sini korang boleh tengok juga keindahan Tasik Shah Alam.
Dan menariknya juga, ini first time Restoran Secret Garden by SACC tawarkan buffet Ramadan tau.
Menariknya tahun ni, ada lebih 50 sajian istimewa yang berkonsepkan Selera Nusantara: Udang Masak Lemak, Ayam Bakar, Sotong Berlado, Kambing Kuzi dan banyak lagilah.
Paling best banyak sangat jenis sambal ada disediakan. Sama juga macam ulam-ulam, kuih muih, dessert dan macam-macam lagilah.
Untuk tempahan, korang boleh isi form Ramadan Buffet @ Secret Garden atau terus je call 03-55250300/1956 atau 016-5206155 untuk dapatkan harga poromosi RM35!
Artikel asal: Ayu Arjuna