Eye Glitter Tambah Seri Look Trendy Raya 2022
Tahun ni, pasti raya uols dah dirancang dengan gilang gemilang kan? Iyalah, 2 tahun tak dapat sambut raya dengan keluarga. Raya 2022 ni akan bawa makna berbeza berbanding raya-raya sebelum ni.
Bila dah berbeza ni, Mouse Mommy percaya penampilan diri masa first raya pun dah ramai yang mula fikir nak tambil berbeza kan?
Cadangan Mouse Mommy, maybe korang boleh approach untuk try eye glitter bagi naikkan lagi seri raya kali ni. Bosan sangat eye makeup biasa-biasa, kali ni kita buat betul ekstra.
Althea Spotlight Eye Glitter ni memang cantik sangat dan shimmer dia buatkan korang nampak lebih glowing. Nak apply sangat mudah. Hanya guna brush eyelid biasa je. Oh ya, boleh juga apply dekat bibir walaupun nama dia eye glitter tau.
Raya with mask on, kena fokuskan pada eye makeup. Barulah nanti bila bergambar, jelas nampak kita ni ekstra ekstra chantekk. Dahlah long lasting pula tu. Kualiti terbaik.
Nanti jangan lupa try dulu sebelum gunakan pada hari raya. Supaya korang boleh tahu awal, gaya macam mana yang korang nak.
Artikel asal: Mouse Mommy Treats
Kredit gambar utama: Peachy Prelel