Roda Rosak, Kedai Ni Penyelamat Luggage Kesayangan Rawlins
Dah 2 tahun luggage terbiar sepi, menghampiri 1 April ni ramailah yang kembali keluarkan khazanah dorang.
Satu perkata yang Rawlins perasan yang luggage ni sebaik mana pun kita jaga dia, bahagian roda tulah yang paling senang nak rosak. Nak tukar baru macam tak berbaloi, tapi nak tukar tak tahu pula dekat mana.
Hasil meng-Google, Rawlins jumpa banyak tutorial macam mana nak tukar roda tu. Tapi macam biasa, bila rasa complicated, memang taklah nak buat sendiri. Sampailah terjumpa satu kedai dekat Maluri yang ada tawarkan servis baiki aksesori luggage yang rosak.
Keyword yang Rawlins guna:
- ganti tayar luggage
- luggage wheel replacement
- luggage repair
City Luggage ni memang pakar dalam bidang baiki luggage, quotation yang dorang bagi untuk luggage Rawlins sangat murah tau. Untuk luggage besar, RM45 satu roda dan RM25 untuk luggage kecil.
Total yang Rawlins spend dalam RM280 je korang. Berbanding dengan kedai first dan second yang Rawlins jumpa, dia nak ‘ketuk’ sampai RM720 dan satu lagi RM320.
Kualiti servis City Luggage pula memang terbaik. Luggage Rawlins pun dah okey dan jom get ready untuk travel, guys!
Untuk korang yang ada masalah dengan luggage, bolehlah hubungi dulu kedai untuk maklumkan masalah korang. Details seperti di bawah ya:
City Luggage
No 39, Jalan Jejaka 7, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
0392855529
Waktu operasi:
Isnin – Jumaat: 10am – 6pm
Sabtu: 10am – 4pm
Ahad: Tutup
Lunch break: 1pm – 2pm
Facebook: City Luggage
Happy travel!
Artikel asal: By Rawlins