Jom O’od! Lintasan Fries Dekat Bukit Bintang Ni Akan Buat Korang Teruja
Korang ada plan nak ke Bukit Bintang dalam masa terdekat ni? Haa, kalau macam tu memang kena sangat dengan timing sekarang.
Sebab McDonald’s Malaysia berjaya melakar sejarah ibu kota Kuala Lumpur dengan menjadikan kentang goreng sebagai salah satu illustrasi untuk lintasan pejalan kaki dekat depan McD cawangan Bukit Bintang.
Melalui lintasan ni, korang akan dibawa ke restoran pertama McDonalds yang dibuka dekat Malaysia iaitu pada tahun 1982, 40 tahun lalu.
Menjadi harapan dalam membantu memperkukuhkan lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai lokasi wajib lawat sama ada oleh pelancong tempatan atau pelancong luar, inisiatif ini juga sebenarnya merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan fizikal dalam wawasan kerajaan untuk menjadikan bandar Kuala Lumpur sebagai bandar raya makmur menjelang 2030.
Fuh, lepas ni memang ramailah yang akan bero’od nanti! Tapi o’od o’od juga, keselamatan jangan dilupakan tau!
Artikel asal: Kite Punye