Segala Blackhead, Whitehead Tertanggal Bila Guna Peel-Off Mask Ni
Biasa kita tengok mask warna putih, tak pun hitam dengan gold. Hmm, boringg~~
Walaupun function dia mostly sama, tapi bagi Yuyu rasa macam bosanlah kan sebab warna sama. Why not Yuyu try mask yang tawar benda sama tapi warna dia lain. Macam yang Yuyu cuba ni.
Kaler purple uols. Siap ada bau lavender lagi. Suka tengok, sebab tak borink. Hah, gitew. Sambil pakai, bolehlah feeling-feeling.
Kalau korang nak tahu, mask ni kena pakai seminggu sekali paling kurang. Bukan setakat nak buang blackhead dengan whitehead je, tapi juga sebab nak kawal lebih minyak yang punca acik-acik jerawat naik ke muka tu.
Acik jerawat ni bukan boleh kira. Main dann je dia nak naik bila. Dah tu berjemaah pulak tu.
Lepas 25 minit, inilah hasilnya. Ni kalau korang zoom, mau terkeluar isi perut. Nampak kulit peloles, tulus mulus, sekali bila pakai peel-off mask ni barulah nampak dia punya kotor cemana.
Todiaaa~
Artikel asal: Yuyu Zulaikha