Kejap Backpack, Kejap Stroller. Fungsi Beg Ni Buatkan Korang Terasa Nak Beli Satu
Kalau transformer boleh bertukar daripada robot kepada kereta, Terminus pula boleh bertukar dari backpack ke travel bag. Nama keduanya pun dah hampir-hampir sama.
Masa lawat Terminus Boutique dekat 1Utama Shopping Centre, Kelly teruja dengan beg-beg yang ditawarkan. Sebab sangat berbeza daripada beg yang pernah ada dalam pasaran. Fungsi pun lebih inovatif dengan gaya dan warna yang lebih trendy.
Contohnya macam Terminus The New Invisible Urban Roller ni. Banyak compartment disediakan sesuai kalau korang jenis yang suka asingkan barang ikut kategori. Cumanya dia lebih tebal berbanding beg biasa.
Tapi, kalau korang dah tak larat nak carry, boleh tarik je sebab ada telescopic handle yang bila ditarik, roda pun ‘keluar’. Dan kalau ditolak, roda tu akan ‘tersimpan’ semula.
Menarik kan? Terasa macam hip sangat kalau pakai beg ni. Memudahkan pun iya jugak.
Pandangan korang macam mana. Tak teringin ke nak beli satu?
Kredit: Sunshine Kelly