Concealer Duo, Ada Jenis Stick & Krim. Yang Penting It Stays!
Hi korang! Kembali lagi kita dalam segmen make-up product review by Rawlins.
Memandang korang suka betul dengan entry inspirasi makeup edisi istimewa kotak hanbok Althea Korea yang Rawlins pernah share dulu, Rawlins nak share lagi pasal makeup kali ni. Yang belum sempat nak baca, maybe korang boleh klik je LINK SINI.
Kali ni Rawlins nak share pasal concealer duo dari The Saem yang sangat best ni. Sebab dia boleh guna 2 in 1 tau iaitu sebagai concealer dan juga highlighter.
Yang paling Rawlins suka (semua pun macam suka je ;p) pasal concealer ni sebab dia ada dalam dua bentuk, satu stick dan satu lagi cream. Dan korang gunalah memana pun, concealer ni bantu untuk korang tutup segala jenis flaws dekat kulit muka.
Ini antara wishlist yang Rawlins nak. Kalau korang baik hati nak kasi hadiah dekat Rawlins, jangan malu-malu roger Rawlins okey? 😉
Artikel asal: By Rawlins