Halal Dim Sum @ Micro Dim Sum Hot Pot
Kalau dulu, susah betul nak dapatkan dim sum yang halal. Sekarang ni dekat kedai Eco pun dah boleh dapatka n dim sum halal yang murah macam yang Huda buat. Walaupun beli dekat kedai RM2 je, tapi rasa dia tetaplah premium.
Korang boleh baca review Huda: Review Dim sum Kedai Eco RM2, Jimat Berbaloi-Baloi Dengan Rasa Premium
Btw, untuk entry kali ni Betty nak cerita pasal dim sum halal yang baru dilancarkan oleh Conscience Gourmet.
Menurut Conscience Gourmet, antara faktor yang buatkan mereka teruja nak teroka segmen bar dalam F&B disebabkan terdorong dengan peningkatan permintaan dan minat dalam sajikan variasi jenis diet sepanjang hari.
Dengan di sum halal yang diperakui, pelanggan dapat rasa pelbagai jenis dim sum dalam saiz hidangan kecil dengan harga RM3. Jadi bila saiz hidangan kecil dan murah, bolehlah makan dan merasa dengan lebih banyak kan?
Selain daripada Micro Dimsum Hot Pot yang fokuskan pada pelbagai dim sum dan hot pot halal, ada lagi 4 jenama yang diperkenalkan dengan fokus tertentu iaitu:
- Baketouch Microbakery – pastri
- Firemomo – pencuci mulut
- Gelatoto – gelato
- Nature Touch – vegan online restaurant
Maklumat lanjut tentang dim sum halal @ Micro Dimum Hot Pot boleh layari https://consciencegourmet.com/.
Artikel asal: Betty’s Journey