First Time Buat Kasut Sendiri, Ini Step Menarik Yang Tall Pisces Girl Nak Share
Bila dapat peluang untuk try experience untuk discover macam mana kasut dihasilkan, Tall Pisces Girl tak lepaskan peluang yang ada. Kali ni XALF Design ajak tengok macam mana a pair of bespoke shoes were made dan sebab apa harganya mahal.
Untuk pengetahuan korang, bespoke digunakan untuk merujuk kepada kasut yang dibuat mengikut pesanan secara custom dan personalized. Bila personalized ni, memang mahal lah kan sebab penghasilannya sesuai dengan kehendak pelanggan.
Jom tengok Tall Pisces Girl hasilkan heels!
1. Design & Material
Design boleh dikatakan antara salah satu step yang crucial sebab ia akan determines outlook heels Tall Pisces Girl. Keluarkan kreativiti korang dalam bentuk lakaran sebelum direalisasikan dengan bantuan designer yang membantu.
2. Ukuran kaki
Bila customized, paling best sebab bentuk kasut tu memang khas dengan saiz kaki kita. Segala curve akan dikira, jadi bila pakai tu memang rasa sangat selesa. Like a dream!
3. Pattern Making & Drafting
Untuk define pattern, pattern template akan dihasilkan. Macam jigsaw puzzle, komponen macam midsole, outsole, insole dan sebagainya akan dikumpulkan sebelum dicombinekan.
4. Fitting
Masa fitting ni lah raw material dan padanan warna akan dipilih sesuai dengan kehendak pelanggan. Biasanya kasut yang dihasilkan secara pukal, ada lifespan 1-2 tahun je. Tapi untuk kasut customize, korang boleh dapatkan lifespan yang lebih lama bergantung kepada material yang dipilih.
5. Pemotongan
Masa menggunting ni, memang kena teliti supaya kualiti dan saiz material yang diukur tadi tak berubah lepas digunting. Biasanya proses ni memang craftsman berpengalaman yang buat.
6. Jahitan
Proses jahitan ni akan ambil kira jenis jarum dan benang yang digunakan. Warna padanan benang mestilah tak terlampau terang, tapi tak juga terlampau light. Biasanya warna benang yang nak digunakan pun akan ambil kira pandangan customer.
7. Stock fitting
Dalam proses stock fitting, komposit tapak akan dibina bagi tentukan sejauh mana keteguhan kasut ni. Dalam
8. Terakhir/Lasting
Dalam proses ni, tapak kasut adalah step terakhir akan dibentuk. Sama ada nak tumit atau tak, tapak kasut akan dinilai untuk kebaikan si pemakai. Yang boleh mencipta postur kepada pemakai. Macam heels yang Tall Pisces Girl hasilkan ni, ada sikit elemen seksi.
Kemudain barulah bahagian tepi diperhalusi, digilap dan dilengkapkan dengan segala aksesori.
Korang nak tengok tak kasut metamorphosis yang menginspirasikan rama-rama khas untuk wanita kosmopolitan? Boleh ke sharing Ashley Yeen. Cantik sangat!
Artikel asal: Tall Pisces Girl