Yang Menarik Tentang Caudalie Boutique Spa
Korang ingat tak yang Ashley pernah share pasal mask caudalie yang best hari tu?
Kalau korang nak tahu brand Caudalie ni sebenarnya ada spa tau, untuk korang datang dan try sendiri produk dorang. Lepas je buka dekat Hong Kong, Caudalie pilih Malaysia untuk dirikan boutique dorang yang berkonsepkan sama macam boutique yang ada dekat Perancis!
Dekat boutique ni korang boleh tengok semua produk dorang, sama ada keluaran baru, produk badan, pewangi, muka dan sebagainyalah.
Lepas tengok produk, korang akan lalui pengalaman manjakan diri dengan produk-produk Caudalie yang sesuai dengan jenis kulit korang.
Kalau nak try, maybe korang boleh try masa me-time day. Lepas potong rambut dekat A Cut Above Hair Salon, terus gerak ke Caudalice Boutique Spa. Level keduanya sama je iaitu 2nd floor Bangsar Centre.
Artikel asal: Ashley Yeen