Lipstick 2 Tona Mudahkan Dapat Efek Ombre Tanpa Gagal
Ombre lips memang tengah in-trend sekarang. Gradasi warna lipstick pada bibir buatkan si pemakai nampak berbeza dan lebih menyerlahkan sisi lembut si pemakai.
Tapi untuk dapatkan ombre lips ni agak mencabar juga bagi newbie. Sebab pemilihan warna lipstick boleh buatkan efek ombre nampak tak cantik. Nak mudah, guna cara Mouse Mommy. Beli je lipstick yang memang dah siap ada 2 tona.
Bila apply tu akan dapatlah efek ombre tu cantik je tanpa gagal.
Dengan formulasi kombinasi vitamin E, ekstrak madu dan aloe vera, Avon True Dual Color Gradient Lipstick akan buatan korang nampak lebih segar dengan bibir lebih lembab dan lembut.
Tapi Mouse Mommy guna dua lipstick juga. Bahagian atas, Mouse Mommy pilih tona yang lebih cerah, dan bahagian bawah dengan tona lebih gelap. Apply beberapa kali untuk nampak efek lebih jelas.
Ada 9 varian warna yang boleh korang pilih iaitu Red Flush, Splendidly Red, Berry Pink, Fuchsia Pop, Romantic Rose, Mauve Maven, Berry Sorbet, Blush Nude dan Mocha Latte.
Selamat mencuba!
Artikel asal: Mouse Mommy Treats