3 Cara Mudah ‘Berbaik’ Dengan Kulit Muka
Most of the times, kulit Rawlins memang suka acting up. Jadi memang kena sepanjang masa kena jaga dengan baiklah. Kalau tak nak tetiba je breakout sebab kulit Rawlins memang jenis kombinasi yang sensitif.
So bila ada skincare yang gunakan bahan natural, organis, selamat, efektif, cruelty-free dan paling penting masih kena dengan bajet, Rawlins akan tertarik untuk cuba.
Hari ni Rawlins nak share dengan korang 3 step yang Rawlins buat dengan gunakan produk skincare yang baru Rawlins nak cuba iaitu ORGGA. Skincare yang Malaysian made yang disuggestkan oleh pakar skincare.
1. Bacca Bliss 3 in 1 Daily Cleansing Powder
Cleansing powder ni sangat unik sebab dalam bentuk powder, bukannya liquid yang biasa kita jumpa. Menariknya, korang boleh guna sebagai mask juga tau sebab bahan yang menghasolkannya terdiri daripada clay, cereals, bunga dan ekstrak buah.
Cara pakai mudah je, korang ambil dalam satu sudu teh powder ni dah tambah beberapa titis air untuk buat paste sebelum massage ke muka dalam bentuk bulatan. Kalau untuk mask, koang boleh biarkan antara 2-5 minit.
2. Rose Otto Nourishing Face Mist
Sama macam toner, tapi yang ni korang hanya perlu spray je ke muka lepas habis cuci muka. Kombinasi hydrosol, ekstrak buah, essential oil, glycerine sayuran & aloe vera buatkan kulit muka korang lebih fresh dan terjaga dengan bahan-bahan tadi.
Goncang sebelum spray dan pelan-pelan tepuk muka korang lepas spray untuk lebih serapan optimum.
3. Lindo Luxe Beauty Oil
Gunakan 2 atau 3 titis minyak ni masa kulit korang masih lembap dengan face mist tau. Memang sangat best untuk korang guna sebagai primer. Kulit nanti nampak smooth je. Btw, ada 3 jenis beauty oil yang boleh korang pilih berdasarkan jenis kulit:
- Lindo (kulit berminyak)
- Oliva (kulit kering)
- Libra (kulit normal & kombinasi)
4.Bonus: Face Roller
Untuk penjagaan ekstra, Rawlins cadangkan gunalah face roller untuk detoxify dan rejuvenate skin supaya garisan kedutan awal tu dapat dikurangkan dan kadar kolagen pun dapat distimulate untuk kulit yang lebih anjal dan cantik.
Hasil lepas sebulan Rawlins guna 3 step ni bersama step bonus ni, Rawlins dapat rasa yang kulit Rawlins berterima kasih sebab jaga dia dengan baik.
Korang pun kalau ada masalah kulit macam Rawlins, maybe boleh try consider untuk guna ORGGA? Mana tahu ini solusi yang korang cari selama ni kan?
Artikel asal: By Rawlins