Banyak Berkorban Untuk Family, Ini Hadiah Terbaik Untuk Mak Korang Sempena Hari Wanita
Kalau dah namanya perempuan, mesti ada super power kan? Tengok jelah mak-mak kita, sakit pun masih lagi gagah nak buat kerja. Belum lagi cerita bab multitasking. Sambil masak boleh dia menyapu, basuh kain, lap rumah.
Fuh, memang hebat!
Sempena dengan Hari Wanita 8 Mac ni, korang dah ada plan nak sambut macam mana? Kotlah korang nak belikan hadiah untuk mak korang, tapi tak tahu nak belikan apa yang sesuai dengan dia, sis ada cadangan.
Apa kata korang hadiahkan hot & cold pack dengan wangian lavendar ni dekat mak korang untuk dia rilekskan diri lepas seharian penat buat kerja. Sebagai tanda, kita hargai semua yang dia dah buat untuk kita.
Harga pun murah, RM55 untuk satu pek, yang datang dengan 2 warna, royal blue dan dusky pink. Siap ada velvet pouch dan magnetic buttons tau. Yang penting boleh basuh. Ngam untuk mak yang memang pantang tak mencuci tu.
Sebelum tidur, bolehlah dorang demah dulu dekat kawasan yang sengal-sengal macam pinggang, leher atau pun nak lena tidur, letak pada kawasan mata untuk lebih rileks.
Sebenarnya ini adalah hasil kerja wanita pelarian yang bekerja dekat Yayasan Dignity for Children (Dignity) khas untuk wanita-wanita yang dah bekerja keras dalam kehidupan dorang sebagai anak, isteri, mak dan apa-apa title yang dorang pegang.
Untuk pengetahuan korang, Dignity dah provide pelajaran berkualiti dan penjagaan secara holistic kepada kanak-kanak yang tidak berkemampuan lebih 24 tahun. Bermula dengan hanya 20 orang student dalam satu kelas, kini dorang dah ada lebih 1,860 yang sertainya.
Maklumat lanjut tentang Dignity atau set hot & cold pack ni, korang boleh terus je ke website shopxdignity.org okey?