Gaya Tetap Kena Onz Walaupun Dalam Norma Baru
Dah hampir 2 tahun kita hidup dalam norma baharu. Aktiviti sosial ada, tapi dilakukan dalam keadaan berjaga-jaga supaya diri tak terkena jangkitan COVID-19. Dan sepanjang 2 tahun ni jugalah banyak jenis mask yang ada dalam pasaran boleh korang pilih.
Salah satu medium pembelian yang orang Malaysia suka ialah daripada Shopee. Tapi jangan kerana nak murah, kita abaikan kualiti mask kita okey?
Salah satu mask berkualiti yang boleh korang guna tanpa rasa ragu-ragu ialah M99, mask dari Medicos yang berikan perlindungan premium pada si pemakainya dengan prestasi yang diperakui oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Malaysia.
Ada 3 jenis yang boleh korang pilih iaitu PRO, NEO dan FLIP yang mana setiap satunya dilengkapkan dengan ciri unik yang tersendiri.
Contoh macam M99 PRO, korang boleh laras dekat bahagian gegelung telinga tu supaya pemakaian lebih kemas dan selesa ikut saiz muka masing-masing.
Manakala M99 NEO pula gegelung telinga dia lebih lembut, jadi kalau pakai lama-lama sangat sesuai. Telinga pun tak rasa macam ekstra besar dan sakit.
Dan M99 FLIP pula gabungan gaya dan ciri-ciri keselamatan terbaik untuk korang yang gemar berfesyen tapi masih dalam keadaan selamat. Bentuk M99 FLIP ni ikut bentuk muka, jadi adalah gaya yang tersendiri.
Nak tahu lebih lanjut pasal mask M99 ni, korang boleh lawat platform Medicos okey?
Website: https://medicos.com.my/introducing-latest-medicos-m99-respirators/
Facebook: https://www.facebook.com/medicosmy/
Instagram: https://www.instagram.com/medicos_my/
Atau terus je beli dekat official shop Medicos dekat Shopee/Lazada:
Shopee: https://shopee.com.my/medicos.os
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/medicos-official-store/